Politik Arab Saudi

Rencana utama: Politik Arab Saudi

Institusi pusat dalam pemerintahan Kerajaan Arab Saudi ialah sistem monarki mutlak. Undang-Undang Asas yang digunakan sejak 1992 menyatakan bahawa Arab Saudi merupakan satu kerajaan yang diperintah oleh anak-anak dan cucu cicit Raja Abdul Aziz Al-Saud, dan Al-Qur'an merupakan perlembagaan negara itu, yang diperintah mengikut undang-undang Islam (Syari'ah). Pembentukan parti politik adalah dilarang dan pilihan raya umum tidak boleh diadakan.

Kuasa raja secara teorinya adalah terhad dalam lingkungan Shari'ah dan tradisi Saudi lain. Beliau juga harus mengekalkan konsensus keluarga diraja Saud, para ulama dan unsur penting lain dalam masyarakat Saudi, tetapi dekrinya tidak perlu mendapat persetujuan mereka. Ideologi negara ini ialah beraliran Sunnah Salafi. Mereka cuba mendapatkan pengikut dengan membiayai pembinaan masjid dan madrasah di seluruh dunia. Pemilihan raja dibuat dari kalangan keluarga diraja dan dipersetujui oleh golongan ulama. Keluarga diraja ini digelar Rumah Saud.